Saturday, August 14, 2010

Tuan Haji, Tuan Puasa, Tuan Zakat, Tuan Sembahyang

Aku ada terjumpa artikel ni kat satu website, after baca, aku rasa aku patut share dengan org lain. bukan berniat untuk menyindir tetapi juz nak share. mari baca dan renung-renungkan..

Suatu ketika di suatu bicara… 

Pemuda: Boleh saya tanya sesuatu?

Pak Khir: Boleh saja, silakan.

Pemuda: Kenapa pak cik tak mahu dipanggil tuan haji?

Pak Khir: Oh, itu. Kenapa pula pak cik mahu orang panggil pak cik tuan haji? (Pak Khir menjawab dengan persoalan)

Pemuda: Kan orang yang dah pergi haji kena panggil tuan haji atau hajjah, pak cik? Dekat tempat saya macam itu.

Pak Khir: (sambil tersenyum) Dekat sini pun sama, pak cik saja yang tak mahu.

Pemuda: (tersenyum kelat sambil dahinya sedikit berkerut) Kenapa pak cik tak mahu?

Pak Khir: Apa perlunya gelaran haji tu. Haji itukan ibadah. Sama seperti sembahyang, puasa, zakat. Kalau nak juga gelarkan haji, maka orang yang sembahyang boleh digelar Tuan Sembahyang Ajis misalnya. Tak pun Tuan Zakat Pi’ee kalau si Pi’e bayar zakat.. Yang puasa pula, Tuan Puasa Ali. Tak begitu ke?

Pemuda: Tidak pula pak cik.

Pak Khir: Kalau nak gelar juga, maka gelarlah juga orang-orang terdahulu yang lebih awal pergi haji. Ada kita gelar nabi kita haji?

Pemuda: Tidak ada pak cik.

Pak Khir: Ada kita gelar para sahabat nabi haji?

Pemuda: Tidak ada pak cik.

Pak Khir: Ada kita gelar ulama’-ulama’ dahulu haji?

Pemuda: Tidak ada pak cik.

Pak Khir tersenyum lagi. Pemuda mulai faham.

Pemuda: Tapi kenapa orang sekarang yang balik mengerjakan haji nak kita panggil mereka Haji atau Hajjah, pak cik?

Pak Khir: Tak tahulah anak muda. Cuma mereka dan keluarga mereka yang tahu…

Pemuda menganggukkan kepala. Lalu berjabat tangan tanda perpisahan. Pak Khir mengeleng-gelengkan kepala. Lalu berlalu dengan kesal yang bersisa. Di benaknya tertanya, kenapa soal semacam ini boleh timbul? Kenapa?…

No comments:

Post a Comment